“Anda Selalu Tak Cukup Masa? Terlampau Banyak Kerja & Perkara Yang Perlu Dilakukan? Sering Tiada Masa Untuk Bersama Keluarga?”
Berhenti! Ketahuilah Teknik Pengurusan Masa Yang Sebenar! Dan Jimatkan Masa Anda Sekurang-kurangnya 10 Jam Seminggu... Bermula Hari Ini!
PERKARA: Pelajari Strategi & Tips Menggunakan Masa Dengan Efektif Dalam Perniagaan Internet Anda!
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan usahawan internet dan bakal usahawan internet sekalian,
Adakah anda sentiasa tidak
mempunyai masa yang cukup untuk melakukan sesuatu kerja dan tidak tahu
menguruskan masa secara efektif dalam kehidupan dan perniagaan internet
anda?
Adakah anda tahu
majoriti mereka yang menjalankan perniagaan internet sebenarnya bekerja
lebih lama dari mereka yang bekerja makan gaji?
Ya, memang benar! Tapi anda tidak
perlu sedih kerana terdapat ramai seperti anda yang menghabiskan masa
berjam-jam setiap hari menghadap komputer riba atau desktop PC mereka
menjalankan perniagaan internet dan tidak menghiraukan langsung tentang
keadaan keluarga mereka.
Selalukah anda berada dalam salah satu daripada situasi di bawah:
- Tidak mempunyai banyak masa untuk menjalankan perniagaan internet?
-
Tidak mempunyai masa untuk bekerja dengan prestasi yang lebih baik?
-
Tidak mempunyai masa untuk menguruskan pelbagai jenis bil dan hutang yang perlu dilangsaikan?
-
Sentiasa kesuntukan masa untuk mengejar “deadline” bagi tugasan yang penting?
-
Tidak mempunyai masa untuk bersembang bersama keluarga dan bermain dengan anak-anak?
-
Selalu terlupa untuk menghantar kereta ke pusat servis, menelefon ibu bapa di kampung, menghantar kad ucapan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan dan lain-lain lagi?
-
Tidak dapat mengikuti program rukun tetangga di kawasan perumahan anda?
-
Tidak dapat merancang percutian keluarga yang seronok dan mendamaikan?
Lebih menakutkan, usahawan yang
telah berjaya pun masih menghadapi masalah yang sama seperti anda dalam
pengurusan masa. Impian untuk menjalankan perniagaan internet beberapa
jam sehari dan menghabiskan masa yang tinggal untuk berseronok bersama
keluarga tersayang sudah tidak wujud lagi. Terlalu banyak perkara yang
harus dilaksanakan dan terlalu banyak keputusan harus dibuat dalam
menjalankan perniagaan internet anda.
Akan tetapi adakah ianya
disebabkan terlalu banyak kerja yang harus dilakukan? Atau adakah ianya
disebabkan oleh kelemahan anda dalam menguruskan masa?
INILAH MASALAH ANDA...
Banyak informasi yang perlu
dipelajari dalam menjalankan perniagaan internet anda. Terdapat banyak
informasi baru berkenaan perniagaan internet dan teknologi-teknologi
baru yang terkini yang boleh anda gunakan dalam perniagaan anda. Anda
memerlukan masa yang banyak untuk mempelajari kesemuanya.
Memang tidak mencukupi jika anda
sekadar mengetahui bagaimana untuk mengurus kehidupan dan merancang
aktiviti harian anda. Anda harus tahu apakah tabiat dan kemahiran yang
perlu anda kuasai semasa menjalankan perniagaan internet. Anda juga
perlu mengetahui bagaimana untuk mengautomasikan perniagaan anda agar
anda hanya perlu bekerja sekali sahaja dan selebihnya diautomasikan.
KISAH SAYA…
Dahulu, saya juga seperti anda,
sering tidak cukup masa. Saya mempunyai pekerjaan tetap sepenuh masa.
Jadi, masa yang tinggal untuk menjalankan perniagaan internet ialah
selepas waktu pejabat, iaitu selepas puku 5 petang. Selepas pulang dari kerja sudah tentu saya perlu berehat sebentar untuk menghilangkan penat lelah bekerja.
Kemudian, nak solat lagi, makan malam dan sebagainya. Lepas semuanya
selesai barulah saya mempunyai masa untuk fokus pada perniagaan
internet saya. Namun, selepas berehat, satu perancangan pun tidak
menjadi. Dek kerana penat bekerja, terus tertidur. Sedar-sedar dah lewat malam. Nak kena bersiap sedia untuk pergi bekerja keesokan harinya pula.
Memang sukar untuk meluangkan
masa menjengah komputer yang ada untuk mempelajari ilmu perniagaan
internet apatah lagi ingin menguruskan perniagaan internet.
Jika saya melakukan kerja-kerja
dalam perniagaan internet pula, saya cepat merasa letih dan bosan.
Perasaan ini mula timbul jika saya ‘tersangkut’ pada kerja-kerja yang
sukar untuk disiapkan. Kadangkala saya menghabiskan waktu berjam-jam di
hadapan komputer. Akan tetapi tiada satu kerja pun yang saya dapat
selesaikan. Apa yang saya buat hanyalah melayari laman web atau blog
orang lain, ber “chatting”, atau pun memuat turun ebook atau perisian
percuma.
Situasi ini berlaku terlalu lama
dalam hidup saya sehingga pada satu masa terdetik di hati saya untuk
berfikir sejenak. Betulkah apa yang aku buat selama ini? Adakah ini
yang aku mahu dalam perniagaan internet aku?
“Huh, cukuplah!” kata saya di
dalam hati. Lalu saya pun mencari maklumat-maklumat mengenai pengurusan
masa. Bermacam-macam buku mengenai pengurusan masa telah saya beli dan
baca. Tidak kurang juga, laman web-laman web mengenai teknik
pengurusan masa. Dari apa yang saya baca, kebanyakan buku-buku mengenai
pengurusan masa secara umum tidak memfokuskan pada mereka yang
menjalankan perniagaan internet.
Saya terus mencari teknik pengurusan masa yang betul untuk usahawan internet. Akhirnya
saya telah menemui teknik yang betul dalam pengurusan masa dan saya
telah mempraktikkannya dalam kehidupan harian saya sehingga sekarang.
Alhamdulillah, ianya berkesan. Daripada penemuan tersebut juga, saya
telah membukukan kesemua maklumat tersebut dalam bentuk ebook. Maka
muncullah Ebook Rahsia Pengurusan Masa ini
EBOOK “RAHSIA PENGURUSAN MASA”
Di dalam Ebook "Rahsia Pengurusan Masa" ini, anda akan didedahkan dengan:-
- 3 Tabiat Utama Kehidupan Yang Perlu Anda Gunakan Masanya Secara Efektif!
-
Bagaimana Mmengatasi Tabiat “PROCRASTINATION!" (Suka Bertangguh)
-
Bagaimana Menyiapkan Kerja Yang Paling Susah Dengan Mudah
-
Bagaimana Menggunakan Pelan Utama dan Pelan Terperinci Untuk Fokus Pada Tugasan Anda
-
Bagaimana Untuk Menguruskan Pembacaan dan Informasi Perniagaan Internet Anda Agar Anda Tahu Di Mana Nak Cari Apabila Anda Memerlukannya
-
Teknik untuk bekerja dengan lebih “SMART” agar anda tidak membazirkan masa dengan melakukan kerja yang sia-sia
-
Bagaimana Untuk Sentiasa Bekerja Dalam Keadaan MOTIVASI Yang Tinggi!
-
Bagaimana Anda Boleh Gunakan Konsep “LEVERAGE” Dalam Pengurusan Masa dan Perniagaan Internet Anda
-
Memahami Konsep dan Perbezaan Di Antara Kerja Yang “IMPORTANT” Dengan Kerja Yang “URGENT”
-
Bagaimana Untuk Menguruskan Projek Yang 'BESAR' Tanpa Memeningkan Kepala Anda
-
Bagaimana Untuk Kekal FOKUS Dalam Melakukan Kerja Anda Tanpa Sebarang Gangguan
-
“Tools” yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menentukan Keutamaan (PRIORITY) Sesuatu Kerja
APA KATA MEREKA YANG TELAH MEMBACA?
Berikut adalah komen dari mereka yang telah membaca ebook ini.
.......................................................................................................
|
Jawapan Kepada Masalah Pengurusan Masa!“Time is free, but it's priceless. You can't own it, but you can use it. You can't keep it, but you can spend it. Once you've lost it you can never get it back.” Hasbul 'Aqill www.HasbulAqill.com |
.......................................................................................................
|
Usah Kehilangan Lebih Banyak Emas = MASA"Benarlah kata orang, masa itu EMAS" "Jika anda mahukan bisnes anda berkembang dengan lancar, berjalan seperti yang dirancang, maka apa yang anda perlukan adalah uruskan masa anda dengan baik. Kegagalan sorang usahawan itu apabila pengurusan masa mereka menjadi kucar-kacir. Jika itu masalah anda, ebook ini boleh dijadikan panduan. Tanpanya anda mungkin akan kehilangan emas anda lebih banyak lagi." Razif Yusof www.ProjekJutawan.com |
.......................................................................................................
|
Banyak Mengajar Mengurus Masa Yang EfektifDengan 24 tajuk yang menarik didalam ebook ini, saya seperti kelimpahan maklumat, dan sepatutnya ebook ini dijual dengan harga RM50 ke atas. Saya paling suka tajuk "lakukan kerja yang paling anda benci dahulu". Sungguh menarik penulisan Shukor. Tahniah!! Satu ebook yang sepatutnya dihasilkan lebih awal :) Ikhlas, Mazlie Nadzri www.MazlieNadzri.com |
.......................................................................................................
|
Membantu Menyelesaikan Projek Ebiz Saya!
Panduan ini membimbing saya dalam menyelesaikan banyak urusan harian dan projek-projek ebiz saya.
Jika anda praktikkan segala yang terkandung dalam panduan ini, saya yakin anda pasti akan berjaya dalam masa yang anda tetapkan.
Malah matlamat yang ingin
anda capai kemungkinan besar anda akan gapainya dengan lebih cepat dari
apa yang anda jangkakan. Saya sendiri akan cuba mempraktikkan ilmu yang
disampaikan ini dalam kehidupan harian agar hidup ini lebih teratur dan
tersusun.
Kini
saya akan cuba jadikan tabiat atau rutin saya untuk melakukan teknik
yang diajar dalam Bab 6 hingga Bab 8. Kenapa? Kerana saya telah mendapat
hasil dan mencapai target dengan hanya mengamalkan teknik-teknik ini.
Tambahan lagi, saya rasa
dapat lebih fokus bila saya cuba memahami kandungan yang disampaikan
dalam Bab: Atur Pembacaan Anda. Kerana penulis huraikan dalam aspek
jurusan yang saya ceburi, iaitu bidang usahawan internet.
Aminbeb
www.PendedahanAweber.com |
BERAPAKAH HARGA EBOOK INI?
Nilai sebenar ebook ini bergantung kepada penilaian anda terhadap masa anda yang amat berharga.
Jika pendapatan internet anda
ialah RM3,000 sebulan dan anda menghabiskan masa sebanyak 4 jam sehari
untuk menjalankan perniagaan internet (dengan anggapan anda bekerja selama 22 hari dalam masa sebulan, tidak termasuk Sabtu & Ahad),
gaji anda ialah RM34 sejam. Oleh itu, jika anda dapat menjimatkan 2
jam setiap hari, maka, anda akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM68
sehari. Dalam masa sebulan, sebanyak RM1, 500 yang anda dapat jimatkan.
Nah! Itulah nilai informasi ebook ini pada kehidupan anda.
Akan tetapi, saya tidak akan
mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seperti yang telah saya tunjukkan
kepada anda tadi. Nilai pelaburan yang perlu anda lakukan untuk
menjimatkan masa = wang anda, hanyalah RM40!
Ya! Hanya RM40 sahaja! Ianya terlalu murah jika hendak dibandingkan dengan nilai masa kehidupan anda!
TUNGGU! ADA BONUS MENARIK UNTUK ANDA!
Jika anda memesan ebook ini
sekarang, saya ada bonus menarik khas buat anda. Saya akan berikan anda
bukan 1 atau 2, tapi 4 bonus yang menarik kepada anda secara PERCUMA!. Ya! Ianya PERCUMA jika anda memesan ebook ini sekarang.
Ebook Minds of Winners Ebook ini mengandungi hasil temuramah 15 orang yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Topik yang dikupas ialah bagaimana seorang yang berjaya berfikir dan bagaimana mereka menguruskan pemikiran mereka. Anda akan mendapat banyak manfaat dari tip-tip yang diberikan dan jika anda aplikasikan dalam kehidupan, lebih mudah untuk anda mencipta kejayaan. |
|
Ebook The Science of Getting Rich
Ebook ini mengajar anda
tentang seni untuk mendapat kekayaan yang kita idamkan. Melalui ebook
ini, anda akan dapat mengubah tingkah laku dan mentaliti anda agar
kekayaan akan datang kepada anda tanpa anda menyedarinya.
|
|
Ebook Think and Grow Rich
Sebuah buku yang sebenarnya
telah ditukar format dalam bentuk ebook. Ebook ini telah dikenali ramai
dan ramai juga yang menjadikan ia sebagai bahan rujukan. Ebook ini
menerangkan bagaimana anda boleh mencapai matlamat yang anda impikan
dalam hidup anda sama ada wang ringgit, pangkat, kuasa, personaliti,
kedamaian dan kegembiraan.
|
|
Ebook Ultimate Power Book
Ebook ini juga mengandungi
tip-tip bagaimana anda boleh mengenalpasti apa yang anda mahukan dalam
kehidupan anda dan bagaimana untuk mengubah hidup anda kepada kehidupan
yang lebih baik dan lebih bermakna.
|
DAPATKAN SEGERA!
Dapatkan Sekarang ebook RAHSIA PENGURUSAN MASA ini dengan harga RM40 sahaja!
Klik Butang "Order Now" dibawah untuk cara-cara pembelian!
|
|
Yang ikhlas
Shukor Subahir
019-2657 457
www.PengurusanMasa.com
P.S: Dengan hanya menggunakan satu tip dari Ebook Rahsia Pengurusan Masa ini, anda dapat menjimatkan lebih dari RM40 pada hari pertama anda mempraktikkannya.
P.P.S: Ebook ini
bukan sahaja dikhaskan kepada usahawan internet, tetapi untuk sesiapa
sahaja yang ingin mengubah diri dan kehidupan mereka menjadi lebih
baik. Ini kerana banyak perkongsian tip dan teknik dalam ebook ini yang
boleh anda aplikasikan dalam tugasan harian anda ataupun
tugasan-tugasan di tempat kerja dan serta kehidupan keluarga anda.
P.P.P.S: Jika
anda aplikasikan teknik-teknik yang diterangkan dalam ebook ini,
perniagaan internet anda pasti akan menjadi lebih terancang dan ini
memudahkan perniagaan anda untuk berkembang dan maju ke hadapan. Anda
juga akan mendapat keseimbangan dalam hidup anda, iaitu antara kerja,
perniagaan dan keluarga.