Mimpi mainan tidur ???
Tidak lagi jika anda tahu dan mampu menguasai dan mengawal mimpi
anda sendiri.
Kemahiran menguasai dan mengawal mimpi ini memang tidak asing lagi bagi masyarakat Senoi dan juga masyarakat barat. Bagi kita macam agak asing ajedan macam main-main aje.
Kemahiran menguasai dan mengawal mimpi ini memang tidak asing lagi bagi masyarakat Senoi dan juga masyarakat barat. Bagi kita macam agak asing ajedan macam main-main aje.
Sebenarnya ANDA boleh sedar dan kuasai mimpi anda dan mampu ubah
keadaan dengan teknik yang anda pelajari ini.
Kenapa
MIMPI itu penting ?
Mimpi bukan lagi Angan-Angan ia adalah PENTING sebagaimana kehidupan kita di siang hari atau ketika kita jaga. Allah jadikan
siang malam itu penuh dengan hikmah. Mari kita bongkar
rahsia di sebalik mimpi-mimpi kita ...[***ketahui faedah dan kegunaan kuasai mimpi di akhir tulisan
ini***]
Lucid Dream - Sedar Dalam Mimpi Dan Kuasai
Mimpi
Apa itu
"Lucid Dream" secara ilmiah ? Istilah "Lucid Dream" ini di cipta oleh pakar psikiatri
Belanda dan penulis Frederik (Willem) Van
Eeden yang hidup di antara tahun (1860-1932). Dalam "Lucid
Dream" atau "Mimpi Jelas", pemimpi
boleh sedar dan mengawal serta mengolah atau manupilasi mimpi mereka sendiri dan juga
persekitaran mimpi mereka.
Pengalaman
"Lucid Dream" ini adalah
betul-betul "Real" dan jelas seolah-olah kita berada
di sana. Ini dapat di jelaskan bila terdapat jumlah kandungan Beta Band-1 Frekuensi (13-19 Hz) yang
banyak pada pelaku "Lucid Dream", di mana ia merangsang peningkatan aktiviti pada Lobus Parietal pada otak yang
membuatkan proses sedar.Bermimpi "Lucid"
ini telah dikaji secara saintifik dan di sahkan
kesahihannya.
Apa itu
“Lucid Dream” secara santai ? Lucid Dream adalah satu kebolehan menguasai mimpi ketika anda
tidur. Ia berlaku apabila anda bermimpi “Lucid” anda boleh kuasai
mimpi tersebut. Anda bukan lagi jadi pemerhati atau pelihat mimpi tetapi anda jadi
pelakonnya dan anda seperti berada dalam dunia nyata dengan kebolehan yang luarbiasa.
Lucid Dream ini bukan satu
kelebihan ia boleh di latih dan di kuasai. Sesiapa sahaja boleh latih dan kuasai mimpinya. Dalam
Lucid Dream ini anda boleh belajar terbang, boleh tukar skrin
mimpi, boleh jumpa sesiapa, boleh tembus dinding, boleh belajar macam-macam dan banyak lagi.
Anda perlu rasa pengalaman ini sendiri untuk tahu apa yang saya
maksudkan.
Kaedah Kami:
Semua kita ini bermimpi sama ada kita ingat, ingat sikit-sikit, atau langsung tak ingat. Dalam satu malam ketika kita tidur secara purata kita boleh mimpi antara 4 hingga 6 mimpi keseluruhannya. (The Scientific Study of Dreams, G. William Domhoff). Cuma kita aje yang tak ingat apa yang kita mimpi dan berapa jumlah mimpi yang kita alami.
Rekod yang pernah di catit pada 1992 oleh beberapa orang pengkaji
mimpi ialah 36 mimpi dalam satu-satu malam. Rekod peribadi
yang saya temui sendiri ialah rakan kita ini mampu mimpi 27 mimpi
semalam. Apa-apa pun jumlah mimpi itu sebenarnya tidak terhad ia mungkin banyak dan ia mungkin sikit kerana ia di
luar bidang akal dan kemampuan kita.
Apa yang ingin kami kongsikan ialah anda ini sebenarnya mampu SEDAR dalam mimpi dan anda
boleh mula mengawal atau mengemudi mimpi anda. Anda juga mampu membuat
perkara-perkara yang di luar jangkauan akal sedar, seperti terbang, mengubah
skrin mimpi, tukar perjalanan mimpi, tembus dinding, menyelam dasar
laut tanpa
scuba tools, pergi ke angkasa tanpa space shuttle dan bermacam-macam lagi.
Pengalaman seperti ini adalah amat menyeronokkan dan amat
menyegarkan dan dapat melahirkan perasaan yang BAIK sehingga apabila kita bangun,
KESERONOKAN itu masih
terasa-rasa. Ini dapat membantu kita ini sentiasa "POSITIF" dalam hidup.
Bayangkan apabila anda seronok setiap malam dan ibarat boleh buat apa sahaja diwaktu tidur anda akan
mula bersyukur atas nikmat malam yang selama ini anda tidak
"KESAHKAN". Keadaan yang gembira
dan seronok waktu malam akan membuatkan hari siang anda
seronok dan gembira sentiasa. Kejadian siang dan malam itu adalah penuh hikmah oleh Allah kepada kita.
Kita ini sentiasa risau pasal "SIANG" kita. Mana taknya apa yang berlaku siang hari itu adalah amat penting dan
perlu di lakukan walau macam mana pun. Kita asyik tertunggu-tunggu waktu
siang untuk buat sesuatu - kita kena bangun pagi untuk pergi kerja, ke hantar anak sekolah, kena makan pagi, tengah
hari dan malam, kena solat, belajar,
bekerja, cari nafkah hidup, dan bermacam-macam lagi yang pernah habis-habis.
Bila malam pula, kita kata inilah waktu rehat. Benar malam itu
adalah waktu rehat yang Allah sediakan pada kita supaya esok siang kita ada tenaga balik.
Tapi cuba kita fikir-fikirkan, adakah itu sahaja?
Bukan kah "KITA" waktu siang itu adalah juga "KITA" waktu
malam. Kenapa kita lebih risau "KITA" waktu siang lebih dari "KITA" waktu
malam ? Bukan kah kita perlu seimbang siang dan malam ?
Oleh itu kami ingin ajak kepada yang berminat untuk
menjelajah dan menerokai "MALAM" anda atau "MIMPI"
anda. Anda boleh teroka sendiri "MIMPI" anda dan mula mengenali diri anda yang di waktu malam. Anda juga akan dapat belajar apa kaitan diri malam
anda dengan diri siang anda. Anda juga mampu jadi
lebih "POSITIF" dan
mampu mencorak kehidupan siang anda.
Sedar
dan mengawal mimpi anda dalam "Lucid Dream" itu adalah satu batu loncatan untuk anda mengenali
"DIRI" anda dan membongkar lebih jauh akan "RAHSIA DIRI" anda. Dengan latihan dan kaedah yang kami bawakan, anda boleh menilai sejauh mana anda kenal
"DIRI BATHIN" anda dan sejauh mana "DIRI BATHIN" anda
boleh berhubungkait dengan "DIRI
ZAHIR" anda.
Bila anda mampu menguasai
"DIRI BATHIN" anda dan faham apa yang berlaku dalam "MIMPI" anda, maka akan banyak maklumat dan
rahsia terbongkar perihal "DIRI BATHIN" anda. Pengenalan akan "DIRI
BATHIN" ini akan membawa anda ke satu DIMENSI yang
penuh KEAJAIBAN dan penuh KESYUKURAN yang tidak terungkap oleh
kata-kata dan perbuatan. Maka ketika ini BENARLAH - "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan
?" (Surah Ar Rahman ayat
46).
Faedah Kuasai Mimpi
...
|
Testimoni Kuasai
Mimpi
Semoga dengan pengetahuan yang bakal di kongsikan kita akan jadi
lebih baik dalam kehidupan dan lebih bersyukur atas segala nikmat Allah berikan kepada
kita setiap saat.
Pakej yang di tawarkan mengandungi :
|