Perhatian Kepada Ibu-Bapa Yang Mempunyai Anak-Anak Yang Berumur Dibawah 6 Tahun...
Adakah Anak Anda Sukar Untuk Mendengar Arahan Anda? Sering Mengusik Adik yang Lebih Kecil? Sentiasa Marah-Marah Apabila Bercakap? dan Terlampau-lampau Aktif?
Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria & Mendengar Kata!
Per : Panduan & Teknik Mendidik Anak Yang Cemerlang!
Anak-anak adalah merupakan salah
satu anugerah terindah dari Allah kepada mereka yang bergelar Ibu &
Bapa. Tidak dapat dinafikan, kehidupan rumahtangga pasti menjadi lebih
ceria dan menyeronokkan dengan kehadiran anak-anak.
Namun begitu, ibu-bapa perlu sedar,
bahawa anugerah ini juga datang dengan sebuah tanggungjawap yang besar,
iaitu tanggungjawap untuk mendidik dan membentuk si anak , agar menjadi
seorang insan yang berguna dan cemerlang. Ianya adalah satu
tanggungjawap yang besar untuk ibu-bapa mendidik & mencorakkan
kehidupan anak mereka.
Sepertimana Sabda Nabi Muhammad S.A.W..
"Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat pada orang lain .."
- Bukhari & Muslim
- Bukhari & Muslim
Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?
Apabila ditanyakan soalan ini
kepada ibu-bapa, ramai juga yang teragak-agak untuk memberikan jawapan.
Ini kerana, ramai ibu-bapa yang kurang jelas tentang kaedah mendidik
anak yang sebenar. Hasil dari pemerhatian dan survey ringkas yang saya
jalankan, saya dapati, ramai juga ibu-bapa yang mendidik anak mereka
dengan kaedah "sesuka hati" dan "sambil lewa" sahaja. Hanya main
agak-agak sahaja tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang mungkin
berlaku terhadap anak-anak mereka di dalam jangkamasa yang panjang.
Contohnya seperti....
"Diam sikit boleh tak? Bising lah!"...
Itulah perkataan yang sering dikeluarkan oleh ibu-bapa apabila si anak
terlampau banyak mengajukan soalan tentang sesuatu perkara!.. Perkara
ini sebenarnya, secara tidak langsung akan membantutkan daya pemahaman
anak-anak terhadap sesuatu perkara. Sedangkan pada peringkat umur 3-5
tahun, sememangnya, itu adalah peringkat di mana si anak-anak akan mula
banyak mengajukan soalan "kenapa?" & "mengapa?", kerana pada
peringkat ini, fikiran mereka akan mula berkembang dan ingin mengetahui
dan memahami tentang sesuatu perkara.
Contoh lain....
Sering juga kita dengar, si ibu atau bapa akan berkata.. "Habiskan nasi dalam pinggan tu.. kalau tidak, tak boleh pergi main!"...
ujar si bapa setiap kali melihat masih ada baki makanan di dalam
pinggan si anak. Jika dilihat dari perspektif ibu-bapa, ianya adalah
sesuatu yang baik, kerana ia akan mengajar si anak untuk tidak membazir.
Tetapi, tanpa disedari, ianya boleh menyebabkan masalah obesiti pada si
anak apabila mereka besar nanti. Ini kerana, tanpa disedari, satu
"mindset" akan tertanam di dalam minda mereka, bahawasanya.. "apabila
makan, mesti kena habiskan!"
Jadi, cuba fikir-fikirkan semula... adakah anda benar-benar melakukan perkara yang betul di dalam mendidik anak anda?
Bagaimana Karenah Anak Anda?
Melihat keletah anak-anak
kadangkala memang menghiburkan hati. Namun begitu, seringkali juga, ada
beberapa tingkah-laku anak-anak ini yang membuatkan si ibu-bapa sakit
hati dan naik geram.
Karenah anak-anak seperti :-
- Tidak Mahu Mendengar Arahan..
- Asyik Bergaduh Dengan Si Adik..
- Tidak Mahu Makan
- Terlalu Aktif dan Sering Hilang Di Pasaraya..
- Mengeluarkan Kata-kata Yang Kurang Elok Depan Tetamu & Orang Ramai..
- Suka Membuat Sepah
Sememangnya amat memeningkan
kepala, ditambah lagi dengan kepenatan si ibu-bapa yang baru sahaja
pulang dari tempat kerja. Pastinya, ianya akan menaikkan lagi tahap
"kepanasan" anda sebagai ke"tension"an anda sebagai ibu & bapa..
Jadi... Apakah Yang Boleh Anda
Lakukan? Mengapa Anak-anak Anda Bersikap Demikian? Adakah Ianya Berpunca
dari Kesilapan Anda Mendidik Mereka?
Ianya Bukan Silap Anda!
Sememangnya, dari sekolah rendah hingga ke universiti, kita tidak pernah diajar tentang "Bagaimana Untuk Mendidik Anak?",
kebanyakkan dari kita hanya belajar mendidik anak secara tidak
langsung, hasil daripada pemerhatian terhadap ibu-bapa kita , yang
memelihara kita pada suatu ketika dahulu.
Sedangkan, zaman kita sewaktu
kanak-kanak adalah sangat berbeza dengan zaman anak-anak kita pada waktu
ini. Sudah pastinya, cara didikannya juga adalah berbeza.
Persoalannya.. dimanakah anda boleh belajar, cara-cara mendidik anak yang betul?
Inilah Peluang Untuk Anda Belajar Mendidik Anak
Dengan Cara Yang Betul Dan Sebenar!
Tahniah! Anda kini sudah menjumpai
laman web ini. Jadi, ini bermakna, anda adalah seorang yang bertuah
kerana, di dalam dalam web ini, anda boleh belajar dan sekaligus
melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu serta teknik-teknik mendidik
anak yang betul!.
Ini kerana, di dalam dalam web ini! Saya ada menyediakan sebuah ebook "Teknik Mendidik Anak Cemerlang!" , yang boleh anda gunakan sebagai panduan di dalam mendidik anak anda!
Di Dalam Ebook Ini Terdapat 5 Bahagian Utama, dan berikut adalah isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini....
ISI KANDUNGAN
Bab 1 : Perkembangan Fizikal & Mental Anak-Anak
Bab 2 : Panduan Membentuk Keperibadian Anak-Anak
Bab 3 : Panduan Mengawal Tingkahlaku Anak-Anak
Bab 4 : Memberi Pendidikan Yang Sempurna Kepada Anak-Anak
Bab 5 : Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Anak-Anak
|
Tangani Karenah Anak-Anak Anda Dengan Bijak!
Di dalam ebook ini, ada diterangkan
juga tentang bagaimana hendak menangani karenah-karenah aanak anda
secara bijak dan berhemah. Ianya juga dimuatkan dengan pelbagai
petua-petua daripada membentuk peribadi anak, hinggalah kepada membentuk
tubuh fizikal anak yang sihat dan kuat.
"Panduan Membeli Barang Mainan"
juga turut diselitkan, ini adalah penting untuk memastikan keselamatan
anak-anak anda terjamin sewaktu mereka sedang asyik dan seronok bermain.
Saya pasti, selepas anda
memperolehi ebook ini, jiwa anda akan lebih tenang dan tabah di dalam
menghadapi karenah anak-anak anda! Ini kerana, anda sudah tahu mengapa
mereka bersikap sedemkian!
Anak-anak anda juga pasti akan menjadi lebih baik, ceria dan semerlang hasil daripada teknik didikan yang sempurna dari anda!
Jadi, usahlah berlengah lagi, dapatkan segera ebook ini!
Berapakah Harga Ebook Ini?
Jika dengan membaca &
mengamalkan panduan yang terdapat di dalam ebook ini, ianya dapat
membantu anda menukarkan sikap anak anda dari seorang pendiam kepada
ceria, dari nakal kepada mendengar arahan, dari cerewet kepada mesra dan
memahami. Berapakah pelaburan yang sanggup anda keluarkan untuk
menjadikan anak anda seorang anak yang sihat, ceria dan cemerlang?.
Harga sebuah alat permainan yang
selalu anda belikan untuk anak anda sahaja sudah boleh mencecah sehingga
ratusan ringgit. Sedangkan sesetengah permainan yang dibeli itu,
kadangkala, tidak langsung membantu di dalam pembentukan minda &
sikap yang baik untuk anak anda.
Jadi, tidak salah rasanya untuk
anda berbelanja sedikit, sebagai pelaburan di dalam membentuk
kecemerlangan peribadi anak-anak anda. Pelaburan yang anda perlu
keluarkan untuk mendapatkan ebook ini, hanyalah RM30 sahaja..
Ya! Hanya RM30 sahaja..
Ops! Ada Bonus Menarik Untuk Anda!
Tunggu dulu!! Jika anda mendapatkan
ebook "Panduan Mendidik Anak" ini sekarang, saya juga akan memberikan
anda beberapa buah ebook bonus yang menarik secara PERCUMA! Berikut
adalah ebok-ebook bonus yang akan turut anda perolehi apabila anda
mendapatkan ebook ini!
Tender 12 Months – A Parent’s Guide On How To Take Special Care Of Your Baby During
First 12 Months Ianya adalah sebuah panduan lengkap untuk ibu-bapa di dalam menjaga bayi mereka pada usia 12 bulan yang pertama selepas dilahirkan. |
|
101 Tips to Stop Your Child's Bedwetting Forever Ini adalah sebuah ebook panduan yang memebrikan anda 101 tips bagaimana untuk mengatasi masalah anak yang sering kencing pada waktu malam di atas katil. |
DAPATKAN SEGERA!
Klik pada butang "Order Now"
dibawah untuk mendapatkan ebook ini. Siapa tahu? Mungkin ebook ini akan
menjadi titik permulaan kepada perubahan pada diri anak anda sebagai
seorang kanak-kanak yang sihat, ceria dan bijak.
Yang Benar