Kini Anda Boleh Mendapat Lesen Memandu Kereta Anda Dalam Masa Yang Tersingkat
Pusat tuisyen itu agak jauh dari rumah saya, kalau berbasikal, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 40 minit. Waktu tengah hari pula, kalau berbasikal, tentulah baju akan basah kuyup dengan peluh kerana matahari yang terik.
Bila baju dah basah, lepas itu masuk bilik air-con pusat tuisyen yang sejuk, sudah tentu badan berbau busuk. Malunya…
Lebih memalukan lagi jika saya terpaksa duduk di sebelah seorang gadis yang jelita. Tak ada “mood” langsung untuk belajar.
“Ada tak cara lain untuk saya pergi ke tuisyen?”, soalan itu saya kerap terfikir.
Altenatifnya, saya pun naik bas awam pergi ke pusat tuisyen. Saya masih ingat, tiket bas awam pergi ke perhentian bas di bandar Klang dari rumah saya cuma 40 sen.
Masalahnya, jarak perhentian bas dari pusat tuisyen lebih daripada 3 km! Terpaksalah saya jalan kaki sambil membawa beg dengan buku-buku yang berat selama 20 minit untuk sampai ke pusat tuisyen. Dengan matahari yang terik dan habuk-habuk jalan raya, lebih berbau busuklah badan saya. Hai…kesian….
Alangkah baiknya kalau saya boleh memandu kereta ke pusat tuisyen. Saya boleh ke tuisyen atau ke mana-mana pun dengan selesa. Dengan adanya air-con kereta yang dingin, tidak perlu lagi saya risau panas terik matahari atau pun basah kerana hujan.
Itulah masalah saya ketika saya seorang remaja, untuk pergi ke mana-mana, saya terpaksa berjalan kaki, berbasikal atau pun naik bas awam. Sekali-kala, saya mungkin akan menumpang kereta ayah atau ibu, tetapi, ia memang leceh sekali.
Bagaimana Pengalaman Anda?
Anda macam mana? Adakah anda terpaksa naik bas tiap-tiap hari untuk pergi bekerja? Adakah anda terpaksa berlari dan seterusnya berhimpit dengan orang ramai untuk naik keretapi atau Monorail?
Bila waktu lepas kerja, keretapi atau bas tentunya penuh dengan bau hangit daripada penumpang-penumpang yang berpeluh. Apakah penyelesaian yang paling baik?
Seperti apa yang saya katakan, kalau boleh memandu kereta sendiri, itulah yang paling baik. Kalau nak memandu kereta, kena ada lesen kereta kan? Bagaimana hendak memperolehi lesen memandu kereta di Malaysia?
Lebih 40 Tahun Pengalaman
Kebanyakan orang tidak tahu, ayah saya sebenarnya seorang “driving instructor” atau pengajar kereta. Dia di kenali orang ramai sebagai Cikgu Yap. Walaupun sekarang dia sudah bersara, ayah saya telah bekerja sebagai seorang pengajar kereta lebih 40 tahun.
Sekian lama menjadi instructor kereta, agaknya berapa ramai orang murid beliau telah mengajar? Saya tidak dapat memberi angka yang tepat dan saya agak mungkin dah beribu-ribu orang.
Bayangkanlah, anak kepada murid yang ayah saya ajar memandu kereta di tahun 1971 kini datang berjumpa dengannya. Ibunya merupakan murid ayah saya di zaman 1970-an telah mengesyorkan anaknya supaya berjumpa dengan ayah saya untuk mendapatkan lesen memandu kereta.
Langkah Mendapat Lesen Memandu Kereta
Kemungkinan anda masih di sekolah menengah dan sedang mengulang kaji untuk ujian PMR. Mungkin juga anda sedang menunggu keputusan SPM dan anda berhasrat untuk mendapatkan lesen memandu kereta anda.
Tahukah anda prosedur atau langkah-langkah untuk mendapatkan lesen memandu kereta? Langkah untuk mendapat lesen memandu andalah ringkas sahaja:
1) Lulus ujian berkomputer undang-undang jalan raya.
2) Belajar teknik-teknik memandu kereta daripada seorang instructor dari sekolah atau institut memandu.
3) Lulus ujian praktikal naik bukit, “side parking”, pusingan 3 penjuru dan jalan raya.
Secara amnya, untuk mendapatkan lesen memandu kereta, anda hanya memerlukan jangka masa satu setengah bulan. Tetapi realitinya, kebanyakan orang mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan lesen memandu mereka.
Kebanyakan orang mengambil masa selama 2 bulan, 3 bulan, malah anda yang mengambil masa lebih setengah tahun untuk mendapatkan lesen memandu kereta mereka. Kenapa situasi sedemikian berlaku?
Kerana Mereka GAGAL!
Saya pernah bertanya kepada ayah saya soalan ini dan jawapannya memang ringkas….kerana mereka GAGAL dalam ujian mereka!
Apabila seseorang gagal dalam ujian, samada ujian berkomputer undang-undang, ujian naik bukit, ujian “side parking”, ujian pusingan 3 penjuru atau pun ujian jalan raya, ia akan mengambil masa beberapa hari untuk mengulangi ujian tersebut. Seseorang pengajar kereta terpaksa mengambil masa untuk mengatur ujian “repeat” pelajar-pelajar yang gagal. Proses ini tentu sekali akan memakan kos yang tinggi.
Bayangkan jika anda gagal ujian buat kali yang kedua, yang ketiga, atau pun yang keempat, tentunya habis semua wang simpanan anda. Yang lebih teruk, anda masih terpaksa menggunakan bas awam atau keretapi dan berhimpit-himpit dengan orang ramai untuk pergi bekerja setiap hari.
Rahsia LULUS Ujian
Ada tak rahsia atau teknik untuk lulus kesemua ujian buat kali yang pertama?
Menurut ayah saya, untuk lulus kesemua ujian bukannya susah. Misalnya, dalam ujian berkomputer undang-undang, anda kena tahu apa yang perlu di buat untuk mendapat markah minima untuk lulus.
Dalam ujian praktikal pula, anda kena tahu element-element yang penguji Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneliti semasa menguji anda. Dengan pengalamannya sebagai seorang pengajar kereta lebih 40 tahun, boleh di katakan dia mempunyai sistemnya sendiri yang membolehkan seseorang lulus ujian praktikal JPJ buat kali yang pertama.
Pada suatu ketika, ayah saya juga adalah seorang penceramah untuk Kursus Pendidikan Pemandu (KPP) di sebuah institut memandu. Tentunya beliau tahu bahagian mana seseorang pelajar harus fokus untuk lulus ujian berkomputer undang-undang jalan raya.
Kini ayah saya sudah bersara dan dia jarang mengambil pelajar baru. Dengan lebih 40 tahun pengalamannya di industri sekolah memandu Malaysia, kalau rahsia dan petua-petuanya untuk lulus ujian praktikal memandu kereta tidak di kongsi dengan orang yang ingin mendapat lesen memandu, saya rasa ia amat sayang sekali.
Itulah sebabnya saya telah menggalakkan ayah saya untuk menulis sebuah e-buku dengan tips-tips dan langkah-langkah yang berkesan untuk mendapatkan lesen memandu kereta dalam masa yang tersingkat.
Buku ayah saya kini siap di karang dan ia bertajuk, “Jom Belajar Memandu - Rahsia Untuk Mendapat Lesen Memandu Kereta Dalam Masa Yang Tersingkat”
Manfaat Kepada Anda
Bagaimana e-buku Jom Belajar Memandu dapat membantu anda?
Secara ringkas, semua petua-petua yang di kemukakan di dalam bukunya memang berkesan. Jika anda mengikut semua langkah-langkah yang di cadangkan, tentu sekali anda akan lulus semua ujian JPJ.
Tetapi, saya ingin mengemukakan penafian dahulu, jika anda tiada motivasi untuk belajar undang-undang jalan raya Malaysia, buku ini tidak akan membantu.
Jika anda tidak serius ketika mengambil kelas-kelas pemanduan dengan pengajar anda, buku ini tidak akan membantu.
Jika anda kerap memandu kereta dengan tiadanya lesen dan anda ingat anda sudah berkebolehan untuk lulus semua ujian praktikal JPJ, nasihat saya, jangan beli buku ayah saya kerana ianya tidak akan membantu anda.
Daripada pengalaman ayah saya, sesiapa yang ada sikap sedemikian, sudah pasti ianya akan Gagal ujian JPJ. Lebih baik bersedia untuk membuat “repeat test” sahaja.
Kelebihan E-buku Ini
Apa kelebihan di dalam buku ini? Terdapat banyak petua yang anda boleh guna untuk LULUS ujian JPJ. Di sini, saya akan kemukakan satu contoh yang anda boleh guna sekarang juga dari buku Jom Belajar Memandu.
Untuk ujian berkomputer undang-undang jalan raya, ada satu cara yang terbukti akan menolong anda skor markah minimum untuk lulus. Apa yang anda harus ada ialah “plan” atau rancangan sebelum mengambil ujian tersebut.
Markah untuk lulus ujian undang-undang jalan raya ialah 42 daripada 50. Kebanyakan calon Gagal kerana mereka kurang 1 atau 2 markah sahaja.
Dalam ujian berkomputer JPJ, anda akan di kemukakan 50 soalan yang di bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian A ialah pemahaman isyarat lalu-lintas dengan 15 soalan. Bahagian B ialah topik Panduan Berhemat dengan 25 soalan. Bahagian C pula ialah 10 soalan mengenai Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Sistem Demerit, lesen-lesen Malaysia dan fakta-fakta tentang motosikal.
Plan untuk lulus adalah sebegini, Bahagian A adalah paling senang kerana ia menguji pemahaman anda tentang isyarat lalu-lintas. Belajar bahagian ini bersungguh-sungguh dan anda harus memperolehi semua jawapan yang betul.
Di Bahagian B pula, anda izinkan membuat Tidak Melebihi 3 atau 4 kesalahan. Kebanyakan orang gagal kerana mereka mengabaikan Bahagian C. Ramai pelajar wanita jahil tentang hal-hal motosikal dan mereka membuat banyak kesalahan di sini.
Di Bahagian C, anda hanya boleh melakukan 3 kesalahan maxima sahaja. Maka keputusan anda adalah: 0 + 4 + 3 = 7 kesalahan keseluruhan.
Mengikut pengiraan, anda telah mendapat 43 daripada 50 markah dan ini bermakna anda telah mendapat keputusan LULUS dalam ujian ini.
Kandungan Yang Padat
Apa lagi kandungan e-buku Jom Belajar Memandu dan bagaimana ia boleh bermanfaat kepada anda?
Bila anda “download” e-buku tersebut anda akan menikmati:
1) Prosedur untuk mendapat lesen memandu kereta (Bab 1). Bila anda tahu kelas apa yang anda seharusnya hadir, pengusaha sekolah memandu tidak akan caj anda untuk kelas yang tidak di perlukan.
2) Langkah berkesan untuk lulus ujian berkomputer undang-undang JPJ (Bab 2). Bila anda ada rancangan untuk menduduki ujian, anda tidak akan merasa takut.
3) Penjelasan 11 komponen penting kereta manual (Bab 4). Bila anda tahu di mana dan fungsi komponen-komponen di dalam sebuah kereta, anda tidak perlu lagi merasa keliru apabila pengajar kereta memberi penjelasan.
4) Fungsi Pra-ujian atau ujian di institut memandu sebelum ujian dengan penguji JPJ (Bab 5). Tips menggunakan Pra-ujian dengan berkesan.
5) Petua melaksanakan proses memandu kereta naik bukit (Bab 6).
6) Langkah untuk melakukan “side parking” dengan sempurna (Bab 7).
7) Membuat pusingan 3 penjuru yang berjaya (Bab 8).
8) Cara untuk lulus ujian praktikal jalan raya dan memahami 3 huruf yang paling menakutkan iaitu G.S.M. (Bab 9).
9) Bila anda memperolehi lesen memandu percubaan anda (Lesen “P”), anda akan tahu bagaimana untuk mengelakkan lesen “P” daripada di gantung (Bab13).
10) Apa yang anda harus buat jika lesen anda hilang. (Bab 14). Perlukah anda buat laporan polis? Bagaimana mendapatkan lesen salinan? Proses dan kos untuk mendapatkan salinan lesen akan di kemukakan dalam bab ini.
Soalan Yang Kerap Di Tanya
Apa yang akan terjadi jika saya beli buku Cikgu Yap dan saya masih lagi gagal dalam ujian JPJ? Seperti yang telah di jelaskan di atas, ada beberapa sebab mengapa informasi di dalam e-buku Jom Belajar Memandu tidak dapat membantu.
Tidak kira apa sebab pun, kalau anda tidak puas hati dengan pembelian anda, saya sudi untuk buat “refund” untuk anda. Anda boleh buat keputusan dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian anda. Okay tak?
Boleh tak saya mencari informasi percuma sebegini di internet? Saya sendiri pun suka menjimat wang dan mendapat informasi percuma dari internet. Tetapi, saya boleh menjamin bahawa apa yang di kandung dalam e-buku ini amat unik dan berkesen. Kebanyakan informasi di internet tidak lengkap malah ada yang langsung tidak tetap.
Bila saya akan menerima e-buku Jom Belajar Memandu? Yang ini soalan yang bagus. Anda akan menerima buku ini serta merta selepas proses pembayaran di sahkan. Anda boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit atau dengan Paypal. Kalau tiada kad kredit atau Paypal, anda boleh membuat “bank transfer” / ATM atau pun bayar secara manual.
Prosesnya senang sahaja. Anda hanya perlu buat pindahan wang melalui bank atau ATM, upload bukti atau resit pembayaran di web site atau fax resit ke pejabat saya. Di sebabkan oleh pemprosesan secara manual, pesanan anda akan di proses dalam masa 48 jam jika bukti pembayaran / faks adalah jelas.
Bolehkah buku Cikgu Yap di baca dengan computer Apple Mac? Tentu boleh! E-buku Jom Belajar Memandu adalah format PDF jadi ia boleh di guna dengan computer PC dan Mac.
Kalau saya ada soalan mengenai ujian-ujian JPJ, macam mana? Tiada masalah. Anda boleh kemukakan soalan-soalan anda pada blog kami dan Cikgu Yap sendiri akan memberi penjelasan.
Keseronokan Memandu Kereta
Bayangkan perasaan hati anda bila anda berjaya mendapat lesen memandu percubaan “P” anda.
Kini anda boleh pergi ke mana-mana tanpa halangan
Tidak perlu lagi takut panas terik matahari
Hujan lebat usah bimbang lagi
Tidak perlu berhimpit dengan orang ramai untuk naik bas awam, keretapi ataupun Monorail
Kini anda boleh pergi “dating” atau bersuka-ria dengan rakan-rakan anda
Kesemua ini boleh menjadi kemillikan anda untuk RM39 sahaja. E-buku Jom Belajar Memandu datang dengan penjaminan yang kukuh dengan “Satisfaction Guarantee” polisinya. Pesan and download e-buku Cikgu Yap dan jika anda tidak puas hati dengan pembelian anda, wang anda akan di kembalikan dalam masa 30 hari dari tarikh pesanan anda. Adil tak?
Tunggu, bukan setakat itu sahaja!
Dengan pembilian anda, saya juga akan memberi kepada anda 2 naskah e-buku sebagai bonus.
Bonus 1
E-buku bertajuk Jangan Biarkan Lesen Memandu Anda Luput! - Tips Membarui Lesen Memandu Anda Dalam Sehari. Tahukah anda apa yang anda harus buat jika lesen memandu anda hampir “expired” atau luput?
Kebanyakan orang tidak tahu dan bila tarikh akhir untuk memperbaruhi lesen semakin dekat, mereka merasa panik. Artikal-artikal di dalam e-buku ini telah di karang khas untuk pemilik lesen memandu yang baru. Ia mengemukakan langkah-langkah dan tempat-tempat yang anda boleh membaharui lesen memandu anda.
Jika anda sibuk atau tiada masa lapang, tiada masalah. Sebuah topik di dalam buku ini juga akan menunjukkan cara membaharui lesen memandu secara online.
Bonus 2
E-buku bonus yang kedua bertajuk 30 Perkara Penting Seorang Pemandu Baru Harus Tahu - Sediakan Payung Sebelum Hujan, Kalau Tidak, Menyesal Kemudian. Buku ini di tulis oleh saya berdasarkan pengalaman saya memandu kereta lebih 15 tahun.
30 perkara yang saya kemukakan di dalam buku ini adalah situasi benar yang saya pernah mengalami. Pengalaman yang sangat sedih seperti menghadiri pengebumian kawan saya yang mati akibat kemalangan kereta dan pengalaman yang melucukan seperti kehilangan kereta kerana lupa di mana saya letak kereta saya di kawasan parking KLCC telah di karang.
Memang seronok dapat memandu kereta, tetapi ada banyak perkara yang anda tidak dapat belajar daripada buku atau instructor. Ianya hanya boleh di perolehi daripada pengalaman memandu buat bertahun-tahun. Jika anda seorang pemandu kereta yang baru, adalah bermanfaatat kepada anda jika anda mengambil nasihat pemandu-pemandu yang “senior”.
Apakah nilai kedua-dua e-buku tersebut di atas? Kedua-dua buku di atas sebenarnya boleh di jual dengan RM19 senaskah. Oleh kerana anda membeli e-buku Jom Belajar Memandu, buku bonus 1 dan bonus 2 akan di beri kepada anda secara PERCUMA.
|
|
Langkah seterusnya mudah sahaja, klik butang di bawah untuk pergi ke laman pemprosesan persanan anda. Setelah pembayaran anda telah di sahkan, anda akan di arah ke laman web untuk download e-buku Jom Belajar Memandu serta kedua-dua e-buku bonus.
Sekian terima kasih.
Will
Yap
Klang,
Selangor P/S: Di sini, saya mengemukakan beberapa mesaj daripada orang ramai yang telah bermanfaat daripada tulisan Cikgu Yap.
|
|