Oleh: Mohd Bazli Johar
Dari: Pusat Akuatik/Kolam Renang
Dari: Pusat Akuatik/Kolam Renang
PER: Pelajari Asas Berenang Dengan Mudah!
Tidak dinafikan, cara terbaik untuk belajar
berenang adalah dengan mempelajarinya secara praktikal. Tetapi,
seringkali yang menjadi masalah, anda tidak tahu tentang teknik sebenar
bagaimana untuk berenang.
Jadi, mahu atau tidak, anda terpaksa cuba-cuba sendiri dan berenanglah anda secara hentam keromo sahaja... bila ditanya.. "Buat apa tu?".. "Saje je suka-suka main air"... . sedangkan, niat dihati mahu belajar berenang.
Sebenanrnya, untuk pandai berenang, ada
perkara-perkara asas yang perlu anda ketahui. Antaranya adalah seperti
kaedah kawalan pernafasan, body streamline, kaedah menendang dan menolak
air dan sebagainya. Kemahiran berenang, adalah satu kemahiran yang
perlu dipelajari dengan tertib. Maksudnya, ada teknik-tekniknya yang
perlu dipelajari. Ia bukanlah sesuatu yang "natural".. dimana, anda
masuk-masuk sahaja dalam kolam, terus pandai berenang seperti ikan.
Untuk memudahkan anda mempelajari tentang perkara-perkara asas ini, saya telah hasilkan sebuah ebook bergambar yang disertakan video, tentang teknik-teknik asas berenang.
Di dalam ebook ini, saya menunjukkan anda
teknik berenang gaya breaststroke, ianya adalah teknik berenang yang
paling mudah dan paling asas untuk anda pelajari di peringkat permulaan.
Berikut adalah sebahagian snapshot kandungan ebook ini.
Ya! ianya dipenuhi dengan gambar yang akan
membuatkan anda mudah faham mengenai setiap teknik yang diajarkan.
Malahan, video tutorial juga turut disediakan.
Dengan memiliki ebook ini, anda akan
mengetahui bagaimanakah cara yang sebenar untuk belajar berenang. Jadi,
apabila anda kembali semula ke kolam renang, anda sudah tahu apakah
latihan serta langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mula belajar
berenang.
Insyallah, selepas ini, apabila anda ke kolam renang semula, anda sudahpun boleh berenang!
Sememangnya terdapat banyak kelebihan
jika anda pandai berenang. Disini, saya senaraikan beberapa kelebihan
berenang yang perlu anda ketahui, antaranya:-
-
Berenang merupakan satu aktiviti senaman yang tidak menggunakan
kekerasan. Tambahan pula, seluruh badan anda disokong oleh air semasa
anda menjalankan aktiviti ini. Kebaikannya, tiada tekanan kuat yang
menekan sendi-sendi tulang anda berbanding membuat senaman di atas
darat.
-
Semasa anda menjalankan aktiviti renang, hampir keseluruhan otot
utama, jantung dan paru-paru anda akan berkerja. Perkara ini boleh membuatkan tubuh badan anda akan merasa lebih segar, ringan dan berstamina setelah anda keluar daripada air.
-
Aktiviti renang dapat membakar kalori tubuh badan
anda. Ini kerana, semasa berenang, tubuh badan anda akan merasa lebih
berat untuk bergerak di dalam air. Apabila anda berusaha untuk
bergerak, tenaga yang diperlukan oleh anda juga tinggi sehingga
pergerakan anda itu dapat membakar 24% kalori yang wujud dalam tubuh
anda. Disebabkan itulah, kebanyakan doktor di Malaysia menyarankan pesakit obesiti menjalankan aktiviti ini agar mereka dapat menurunkan berat badan yang dimiliki.
-
Aktiviti renang memerlukan anda mengamalkan bentuk postur badan
yang betul. Apabila anda berdisplin dalam hal ini, aktiviti ini boleh
membina kekuatan dan ketahanan otot-otot badan anda. Disamping itu
juga, ia dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan yang menarik buat anda.
-
Aktiviti renang mampu memberikan anda ketenangan dan mengurangkan keadaan stress
yang wujud dalam diri anda. Apabila anda tenang dan tidak stress,
keadaan jantung anda akan menjadi normal. Perkara ini mampu membantu
anda dalam mengurangkan risiko daripada terkena pelbagai penyakit yang berprofail tinggi seperti sakit jantung.
-
Aktiviti renang adalah senaman dan sukan yang paling sihat dan selamat
daripada risiko mendapat kecederaan. Ini kerana, aktiviti ini tidak
melibatkan perbuatan yang aggresif seperti bermain permainan di darat.
Contohnya: Futsal.
-
Aktiviti renang mampu melahirkan insan yang tenang, berani dan tidak panik semasa menghadapi saat kecemasan
ketika berada dalam air. Ini kerana, apabila seseorang itu pandai
berenang, sudah tentu insan yang berkenaan mampu berfikiran dengan lebih
rasional dan tahu apakah tindakan yang perlu diambil bagi
menyelesaikan situasi kecemasan yang dihadapi.
Ya! Itulah kelebihan-kelebihan aktiviti renang. Terdapat
banyak lagi kelebihan aktiviti ini sebenarnya yang saya sendiri pun
tak dapat bayangkan. Inilah aktiviti senaman yang seharusnya anda pilih
supaya anda mendapat kelebihan-kelebihan yang telah saya nyatakan di
atas.
Jadi, usah buang masa lagi.. dapatkan ebook ini segara dan mulalah belajar berenang!
Jika anda mendaftar ke kelas renang. Anda
akan dapati, isi kandungan ebook ini merangkumi info dari sesi pertama
hinggalah kepada sesi yang ke-8 apabila anda belajar berenang di kelas
renang tersebut. Ini bermakna, ebook ini bernilai RM160, iaitu
bersamaan dengan 8 sesi kelas renang.
Tetapi, tidak! Saya tidak akan
meletakkan harga sebegitu pada ebook ini. Saya tidak mahu, harga ebook
ini menghalang keinginan anda untuk belajar berenang. Jadi, saya
mengambil keputusan untuk meletakkan harga ebook ini pada harga....
RM30 sahaja!
Jadi, usah berlengah, dapatkanlah ebook
ini segera sebelum saya mengubah fikiran mengenainya. Klik butang
tempahan dibawah untuk mendapatkan ebook ini dan capai impian anda untuk
pandai berenang.
Sekian, selamat berenang!
Yang Benar
Mohd Bazli Johor
Profesional Swimming Instructor
www.TeknikBerenang.com
www.TeknikBerenang.com
P/s :- Ebook Panduan Belajar Berenang yang terdapat di sini merupakan sebuah panduan lengkap langkah demi langkah dan bergambar
yang menerangkan asas renang. Tanpa asas renang yang kukuh, anda tidak
mampu untuk berenang dengan baik. Malah, anda juga merisikokan diri
anda kepada kecederaan kerana tidak mempunyai asas renang. Oleh itu,
dapatkan Panduan Belajar Berenang ini untuk mempelajari asas renang agar anda dapat berenang seperti seorang professional!
P/s: :- Ya! Saya hanya tawarkan ebook
ini kepada anda yang berminat untuk belajar berenang sahaja. Jadi,
tidak ada paksaan dan momokkan bahawa anda atau keluarga anda akan mati
kelemasan disebabkan anda tidak tahu berenang kerana tidak mendapatkan
ebook ini. Jika sudah tahu tidak pandai berenang, mengapa mahu pergi
bermandi-manda di tepi pantai?.. Saya pasti, anda bukanlah orang yang
se"tidak-pandai" itu. Jadi, dapatkan ebook
ini jika anda sememangnya ingin belajar berenang untuk meningkatkan
kemahiran diri anda, bukanlah disebabkan anda takut akan mati lemas
pada satu hari nanti.