|
|
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Teratak Maya saya yang seadanya ini. Tujuan saya menghasilkan laman web ini adalah untuk berkongsi maklumat buat para sahabat saya di luar sana tentang tips-tips dan panduan-panduan yang berguna dalam kehidupan. Mungkin ada antara kita termasuk diri saya sendiri mengalami masalah ataupun kemusykilan tentang sesuatu perkara dan gagal mencari jawapan serta penyelesaiannya. Kini teknologi semakin berkembang dan boleh dikatakan banyak permasalahan atau pertanyaan boleh terjawab dalam internet. Walaupun kita cuma pengguna, namun tidak salah rasanya jika kita berterima kasih kepada mereka-mereka yang telah mencipta teknologi yang semakin maju ini. Jika dahulu jika kita perlukan sesuatu barangan yang tidak terdapat di tempat kita, kita terpaksa pergi ke suatu tempat yang menjualnya yang mungkin berjarak berpuluh ataupun beratus batu jauhnya. Itupun ikut nasib jika barang tersebut masih ada. Kini segalanya mengalami perubahan. Dengan internet, kita dapat membeli dan mendapatkan sesuatu barangan dengan kadar yang cepat malah tidak perlu keluar dari rumah. Selain itu buku-buku bacaan juga telah bertransformasi kepada buku-buku digital yang kini dikenali sebagai ebook ataupun buku buku elektronik. Ebook-ebook dipasaran sekarang amat banyak sekali dan kita bebas memilih mana yang sesuai buat kita.
E-Book
Saya tersenyum bila memikirkan ebook-ebook yang pernah saya baca sinopsisnya. Daripada tips-tips untuk menjadi anak serta pelajar yang cemerlang kemudian ebook mengenai panduan mencari pekerjaan. Kemudian ebook berkenaan untuk menambat hati bakal kekasih merangkap calon isteri. Cara-cara untuk melamar supaya tidak ditolak kemudian kepada ebook tentang mencari wang hantaran serta persiapan perkahwinan. Tak cukup dengan itu, ada juga ebook yang menceritakan tentang akad nikah. Saya tersenyum lagi... Ada ebook berkenaan malam pertama perkahwinan dan 1001 tips yang hebat dan berinspirasi. Kemudian ada ebook menceritakan tentang bagaimana untuk membentuk keluarga muslim yang sejati. Tidak ketinggalan tentang amalan dan petua-petua dalam berumahtangga. Kemudian ebook tentang ibu mengandung dan panduan kelahiran. Ditambah lagi dengan ebook berkenaan mendidik anak untuk menjadi anak yang soleh dan pintar. Bila keluarga semakin besar, maka kos perbelanjaan juga semakin besar. Jadi ada ebook yang membongkar bagaimana untuk menambahkan pendapatan bagi menampung segala kos perbelanjaan keluarga sehinggakan ada yang berjaya mendapatkan wang sampingan melebihi gaji bulanannya. Hebat bukan? Bila sudah lama berkeluarga berkemungkinan wujudnya perhubungan yang semakin dingin di antara kedua suami isteri. Ebook berkenaan itu juga ada terdapat dipasaran termasuklah panduan-panduan untuk menghindarkan panceraian dan menghangatkan kembali kedua suami isteri seolah-olah seperti hari pertama perkahwinan. Ada ebook yang menceritakan tentang simpanan unutk hari tua, tentang haji/umrah dan bermacam-macam lagi. Segalanya berguna dan amat-amat berbaloi memilikinya. Pendek kata hampir semua aspek kehidupan ada diceritakan dalam ebook-ebook masakini. Ada yang percuma dan ada yang berbayar, namun jika dibandingkan dengan ilmu yang didapati, ianya sangat-sangat berbaloi. Apalah gunanya wang yang banyak, jika kita tidak melaburkannya sedikit untuk diri sendiri? Konsep yang saya amalkan ialah 'Pelaburan yang paling menguntungkan adalah pelaburan ilmu kepada diri sendiri'.
Blog
Berkemungkinan saya akan mewujudkan ruangan blog. Maklum sajalah menulis blog bukan perkara rutin saya. Berkemungkinan kebanyakan kandungan mungkin saya akan salin dan tampal (copy and paste) dan mungkin juga saya akan menulis mengikut apa yang fikirkan sesuai untuk dikongsi. Ilmu saya tidaklah setinggi mana dan mungkin ada kekhilafan atau kekurangan, saya dengan rendah hatinya memohon maaf zahir dan batin. Berblog adalah gaya hidup masa kini selain facebook, twiteer, instagram dan seumpamanya. Ini adalah salah satu cara untuk kita berkongsi maklumat dan menambahkan kenalan. Malah ada yang meraih pendapatan hanya dengan aktiviti berblog. Semua ini rezeki dari Allah, asalkan kita tidak menyalahi hukum dan tidak berketerlaluan. Pada pengamatan saya kebanyakan blog berkisar tentang kehidupan peribadi seseorang, tentang perniagaan, tentang ilmu, tentang politik dan bermacam-macam lagi. Apa yang penting ialah keikhlasan. Walaupun di alam maya ini, kita tidak bersua wajah namun ada batas-batas yang perlu dijaga. Saya harap dengan kewujudan laman web yang tidak seberapa ini dapat mewarnai sedikit walaupun tidak banyak dunia digital di negara kita ini. Bak kata pepatah, kalau tak kenal maka tak cinta. Semoga anda dan saya dapat saling berkenal-kenalan dan menjalinkan ukhwah yang berpanjangan. InsyaAllah, saya akan sedaya upaya mengikut kemampuan saya akan membangunkan laman web ini dari semasa ke semasa. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Itulah ilmu, tidak akan ada manusia yang semula jadi pandai melainkan menjalani proses pembelajaran peringkat demi peringkat. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakathu... Salam kemesraan dari saya buat anda di sana. ;:)
Blog Home Internet Marketing Love and Relationships Beauty and Health Business and Entrepreneurship Computers and Internet Children and Family Education and Employment Sports & Travel Music and Entertainment Language and Learning Religion and Spirituality Animals and Pets Arts and Craft Cooking and Food Personal Development Investing and Finance Others Sitemap