Daripada Zamri Nanyan
Tarikh: Sabtu, Mac 2, 2013
Per: Buat Duit Di Internet Tanpa Produk Sendiri
Mungkin ini satu kejutan buat anda yang ramai rakyat Malaysia sudah buat duit di internet, walaupun mereka tidak ada sebarang produk sendiri.
Sebenarnya, untuk buat duit di internet, anda tak semestinya ada produk sendiri.
Ini kenyataan yang sahih dan pasti dengan bukti kukuh.
Tak tahulah dari siapa anda dengar tapi kalau anda masih lagi beranggapan yang anda MESTI ada produk sendiri untuk buat duit pertama anda di internet, buang tanggapan tersebut jauh-jauh… sebelum terlambat.
Hakikatnya, sudah ramai usahawan internet meraih pendapatan lumayan mereka dengan cuma mempromosikan produk orang lain dan mengumpul komisyen hasil daripada jualan tersebut sebanyak 50% ke atas!
Mereka dikenali sebagai “affiliate” atau “affiliate marketer”. Dalam Bahasa Kebangsaan, “agen jualan”.
Tugas seorang affiliate adalah mudah.
1) Anda pilih produk untuk dipasarkan
2) Anda lakukan promosi untuk produk tersebut
3) Anda terima komisyen jualan yang dipromosikan
Semua ini, legitimate.
Kadangkala komisyen bagi setiap satu jualan sangat lumayan sehingga mencecah RM100 atau lebih!
Jika anda ingin lebih banyak komisyen, senang saja - hasilkan lebih banyak jualan.
Dengan 10 jualan untuk produk yang komisyennya mencecah RM100, jumlahnya sudahpun RM1,000. Itu cuma komisyen daripada 1 produk. Jika anda pasarkan 5 produk sebulan, sudah tentu pulangannya lumayan, bukan?
Ini boleh menjadi kenyataan apabila anda mempunyai ‘sistem’ yang boleh diulangi setiap kali.
Jadi, tak hairanlah ada yang dapat membeli kereta dan rumah baru (dan melawat tempat pelancongan menarik) hanya dengan komisyen jualan produk orang lain di internet.
“Pemasaran
affiliate adalah salah satu cara TERBAIK untuk anda mula
berniaga di internet tanpa risiko yang besar”.
Anda…- Tak perlu pening kepala untuk mencipta produk sendiri (yang tak tentu lagi boleh dijual atau tidak)
- Tak perlu risau penghantaran produk kepada pelanggan
- Tak perlu layan kerenah pelanggan yang kadangkala mencabar kesabaran dan semangat anda
- Tak perlu semak dan sahkan pembelian produk
- Tak perlu risau jika produk yang anda jual sekarang tidak menguntungkan (kerana anda boleh dapatkan produk lain untuk dijual)
Pilih sesuatu produk dan lakukan promosi. Mudah.
Anda boleh mulakannya hari ini juga.
“Tapi bagaimana, ya?”
Bagaimana dan di mana anda boleh dapatkan produk untuk dijual?
Bagaimana anda boleh lakukan promosi atau pemasaran produk affiliate yang anda jumpa ini dengan berkesan di internet?
Saya akan bongkarkan ilmu dan rahsia ini kepada anda tetapi sebelum saya lakukannya, biar saya ceritakan kepada anda dahulu kenapa pemasaran affiliate merupakan salah satu cara terbaik untuk anda mula berniaga di internet.
Beberapa tahun seterusnya…
2003 merupakan tahun di mana saya mengorak langkah di dalam bisnes internet. Tak tahu apa yang hendak dilakukan, saya pilih untuk mempromosikan produk orang lain di dalam bidang yang saya sendiri tidak fahami – pemasaran berbilang tingkat atau multi-level marketing. Terkejut besar saya bila ada orang dari Amerika Syarikat beli produk yang saya pomosikan. Mana tidaknya, saya orang Malaysia dan si pembelinya pula tinggal beribu batu jauhnya.
Komisyen jualan affiliate pertama saya sebanyak $9.97 dikreditkan namun nilai tersebut tidaklah sebegitu penting. Yang paling berharga ialah saya sudah dapat idea yang saya tak perlu produk sendiri untuk menghasilkan pendapatan di internet.
Dari hari itu, saya berazam untuk terus berjaya.
Anda lihat sendiri hasil yang saya perolehi di internet dan ini baru hasil jualan produk affiliate.
Dan ini pula pasti mengejutkan anda.
Pendapatan yang saya paparkan di atas bukannya datang daripada promosi produk affiliate ke pasaran antarbangsa – ini hasil promosi produk affiliate ke pasaran tempatan.
Kalau ditambah dengan komisyen jualan produk affiliate luar negara, pastinya lebih lumayan, bukan?
Tapi jangan takut.
Anda tak perlu risau untuk bersaing dengan mat-mat saleh bermata biru di luar sana.
Lombong emas di dalam negeri pun belum habis diterokai. Lagipun anda lebih mudah dan selesa memasarkan produk affiliate ke pasaran tempatan, bukan? Bahasa yang digunakan untuk memasarkan produk affiliate dalam pasaran tempatan adalah dalam Bahasa Kebangsaan. Bahasa yang sama seperti yang saya sampaikan kepada anda sekarang. Jadi, kemahiran dalam Bahasa Inggeris untuk menjadi pakar affiliate bukanlah satu kemestian.
Atas sebab inilah saya cipta program ini – untuk menjadikan anda pakar di dalam memasarkan produk affiliate di dalam pasaran tempatan (dan seterusnya ke pasaran luar negara selepas anda bersedia).
Memperkenalkan…
“Pakar Affiliate”
Panduan Rahsia Pemasaran Affiliate
Pakar Affiliate
merupakan satu pendedahan pelbagai strategi, teknik
dan tip pemasaran produk affiliate yang disampaikan
dalam format yang mudah anda fahami – audio dan
video.Panduan Rahsia Pemasaran Affiliate
Tak kira anda otai atau newbie, saya pasti program ini akan beri impak besar kepada pemasaran bisnes internet anda.
Bukan itu sahaja, saya jemput pakar bisnes internet tempatan, seorang jutawan internet yang juga semestinya pakar di dalam pemasaran affiliate untuk memberikan sentuhan ajaib beliau di dalam menghasilkan “Pakar Affiliate”, Patric Chan.
Siapa Patric Chan?
Kemungkinan besar, anda tidak kenal dia langsung kerana beliau sibuk buat duit dengan pemasaran ‘affiliate’ di peringkat antarabangsa.
|
|
Patric Chan, berucap di Unleash Your Marketing
Genius Seminar
Terdapat 3 modul di dalam program ini. 1 modul
video dan 2 modul audio bersama Patric.Bukan sahaja Patric seorang pakar dalam pemasaran affiliate, beliau juga mempunyai program affiliate sendiri yang dipromosikan oleh pakar-pakar antarabangsa yang sudahpun berkenal di internet seperti Matt Bacak, Stephen Pierce, Shawn Casey, Mike Litman dan Anik Singal (mereka semuanya adalah marketer bertaraf dunia dan sudah berjaya memperolehi jutaan US dollar dari internet).
Bayangkanlah rahsia yang diketahui oleh Patric apabila beliau mempunyai affiliate yang sungguh hebat sebegini! Sehingga sekarang, tiada seorang usahawan internet tempatan pun yang produk mereka dipromosikan oleh marketer antabangsa yang dinamakan di atas.
Saya boleh jamin Pakar Affiliate adalah salah satu program tentang pemasaran affiliate yang paling berkesan kerana ia adalah gabungan pengalaman dan pengetahuan Patric Chan, dengan penyesuaian pasaran tempatan, dan juga kejayaan saya yang telah terbukti.
Modul #1: Video Asas Pemasaran Affiliate
Memulakan langkah dengan betul adalah mustahak. Tersalah rancang, anda akan gagal. Sebab itulah saya rakamkan 5 video tutorial tentang asas pemasaran affiliate. Bukan setakat panduan asas, video-video yang disediakan juga mempunyai rahsia affiliate yang tersendiri. Ini yang bakal anda pelajari.
- Maksud sebenar program affiliate
- 3 jenis program affiliate dan yang mana satukah sesuai untuk anda
- Bagaimana memilih program affiliate yang menghasilkan jualan. Silap pilih program, anda rugi masa, tenaga dan wang ringgit anda
- 3 cara mencari produk affiliate dalam pasaran tempatan, untuk pasaran tempatan
- Bagaimana mempelbagaikan kaedah promosi program affiliate anda dengan mudahnya
- Kajian kes di mana saya hasilkan RM600+ dengan menghantar 1 email pada hari cuti, dan wang komisyen terkumpul sebanyak $1114.50 USD (RM3,900) – kedua-duanya tanpa saya menjual sebarang produk
Sesetengah affiliate berjaya menghasilkan komisyen yang lumayan dengan cuma menggunakan satu atau dua kaedah berkesan di dalam mempromosikan program affiliate. Di dalam audio ini, saya dan Patric kongsi 5 kaedah yang ada di antaranya anda boleh praktikkan sejam dari sekarang.
- Bagaimana menggunakan forum untuk meningkatkan pengaruh dan kredibiliti anda – seterusnya membolehkan anda mempromosikan produk affiliate dengan mudah secara percuma
- Jadikan penulisan anda sebagai mesin jualan. Anda akan diajar caranya
- Bagaimana mempromosikan artikel berbahasa Kebangsaan tanpa perlu menggunakan direktori artikel
- Aktiviti blogging pun boleh menghasilkan pendapatan affiliate – dengan sedikit modifikasi ke atas laman blog anda.
- Cara terbaik menggunakan laman web sosial (apakah cara berkesan ini?)
- Kaedah terpantas untuk mendapatkan trafik yang tepat mengena pasaran sasaran anda dalam masa 15 minit dari sekarang - dengan trafik ini, anda boleh buat duit di internet
- Bagaimana menggunakan pengiklanan “Pay-Per-Click” tanpa jatuh bangkrap tetapi dapat buat duit dengan jayanya
Bukan setakat ratusan, malahan puluhan ribu ringgit telah dihasilkan dengan teknik pemasaran ini. Anda nak buat duit, hantar satu email dan tunggu wang anda dikumpulkan.
Saya mempraktikkannya. Patric mempraktikkannya. Dan ribuan lagi affiliate hebat di luar sana melakukannya. Itulah sebabnya saya beri nama teknik ini Teknik Pemasaran “Money-On-Demand”. Tapi bagaimana caranya?
Disebabkan saya dan Patric mahu anda benar-benar faham teknik berbisa ini, kami luangkan lebih satu jam untuk berikan ilmu ini kepada anda. Anda akan pelajari dan fahami bagaimana teknik pemasaran email dilakukan secara menyeluruh.
- Apa yang dimaksudkan dengan pemasaran email di mana anda boleh buat duit dengan menulis dan menghantar email sahaja
- Kenapa pemasaran email dianggap antara kaedah promosi affiliate terhebat
- Bagaimana menggunakan pemasaran email tanpa dilabel sebagai “spammer” yang mana boleh memusnahkan bisnes anda jika tidak berhati-hati
- Apa maksud opt-in dan apa yang perlu ada dalam laman opt-in untuk hasil yang optimum
- Cara paling efektif untuk ‘mencairkan’ prospek untuk meninggalkan nama dan email mereka untuk anda promosikan sebarang produk kepada mereka
- Berapa kerap anda perlu hantar email promosi dan apa yang perlu anda tulis supaya senang untuk buat duit di internet apabila butang ‘send’ ditekan
- Kesalahan pemasaran email yang bakal mengundang padah di dalam promosi anda
- Ketahui cara mengembangkan bisnes anda dengan menjadikan pemasaran email anda berjalan secara autopilot
“Pakar Affiliate” akan membantu anda menjadi affiliate yang mampu menjana pendapatan yang anda idamkan selama ini. Segala ilmu yang dapat saya dan Patric kongsikan di dalam 2 rakaman audio dan 5 rakaman video ini sudah cukup untuk anda mulakan perjalanan menjana pendapatan melalui pemasaran affiliate anda pada hari ini juga.
Sekarang, sudah tiada lagi alasan untuk anda mendapat RM pertama anda di internet.
Dapatkan “Pakar Affiliate” pada hari ini juga.
Tak cukup dengan produk audio dan video utama ini, saya berikan lagi hadiah bonus di bawah untuk memperkasakan lagi ilmu pemasaran affiliate anda.
Bonus #1: Temuramah Bersama Top Affiliate “The Four Weeks To Freedom”
Top Affiliate untuk produk pemasaran internet saya yang lalu, “The Four Weeks To Freedom” bukan sahaja mengumpul komisyen jualan sehingga RM7,960+ tetapi beliau juga berjaya membawa pulang sebuah televisyen LCD 32-inci sebagai hadiah. Di dalam temuramah ini, anda akan didedahkan cara bagaimana beliau lakukannya, apakah peralatan yang beliau gunakan dan yang lebih penting, bagaimana anda juga boleh melakukannya.
Bonus #2: Transkrip Terjemahan Audio Modul #1 dan Modul #2
Temuramah audio modul #1 dan #2 bersama Patric Chan dihasilkan di dalam bahasa Inggeris. Anda boleh pindahkan rakaman audio MP3 ini ke dalam cakera padat dan mainkannya di dalam kereta atau set stereo anda. Namun, saya faham yang ramai di antara anda juga lebih berminat untuk membaca daripada mendengar. Jadi, saya dapatkan servis penterjemahan dan transkripsi untuk menghasilkan teks terjemahan audio ini ke dalam Bahasa Kebangsaan. Jika anda pernah berurusan dengan servis transkripsi dan terjemahan, anda pasti tahu yang kos mendapatkan servis ini bukanlah murah. Anda dapatnya sebagai hadiah bonus secara percuma.
Bonus #3: Senarai Sumber Rujukan Affiliate
Di dalam program ini, saya dan Patric merujuk kepada beberapa sumber dan peralatan penting untuk anda menjadi Super Affiliate. Dengan menyediakan sumber rujukan ini, anda boleh semak sendiri mana-mana laman web penting yang kami kongsikan di dalam audio dan video program ini. Bukan itu sahaja, saya tambahkan lagi beberapa sumber rujukan tambahan supaya anda dapat lebih lagi ilmu daripada apa yang diberikan di dalam audio dan video “Pakar Afffiliate”.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Berapakah Harga Pakar
Affiliate?”
Konsultasi
sejam bersama Patric sahaja sudah
menelan belanja lebih RM1,000. Anda
sendiri pun mungkin tahu yang ianya amat
sukar untuk mendapatkan masa berharga
Patric untuk beliau ditemuramah. Patric
sentiasa sibuk.
Itu belum lagi termasuk kos menghasilkan terjemahan untuk memudahkan anda memahami program ini.
Walaubagaimanapun, saya anggap ini semua adalah pelaburan saya untuk anda.
Tapi, saya tak akan berselindung.
Saya tak akan kenakan caj yang terlalu murah untuk anda dapatkan program “Pakar Affiliate”. Produk berkualiti mempunyai harganya yang tersendiri dan saya tak akan rendahkan nilai program berharga ini.
Pada masa yang sama, saya mahu program ini mampu dimiliki oleh individu yang serius di dalam mencari peluang menjana wang di internet. Dengan cara ini, saya dapat pastikan segala strategi, taktik, tip dan rahsia yang saya dan Patric kongsikan sampai kepada mereka yang layak sahaja dan sanggup melaburkan ilmu untuk kejayaan mereka.
Dan saya tahu anda serius untuk dapatkan program “Pakar Affiliate” – kerana anda baca setiap baris surat ini sehingga sekarang.
Jangan tunggu lagi sebelum saya ubah fikiran tentang harga program ini.
Pesan “Pakar Affiliate” sekarang dan anda cuma perlu bayar RM199 sekali sahaja.
Ya, cuma RM199 sekali bayar.
Saya yakin jika anda betul-betul praktikkan apa yang diajar di dalam “Pakar Affiliate”, pelaburan anda pada hari ini akan diperolehi semula berkali-ganda daripada apa yang anda keluarkan nanti.
Kenapa boleh saya katakan demikian?
Kerana inilah ilmu yang saya dan Patric amalkan untuk menjana pendapatan yang lumayan melalui program affiliate.
Saya tak tahu siapa lagi pernah berikan tawaran sebegini... yang pastinya, anda perlu ambil tindakan segera dan buat pesanan sekarang juga sebelum seminar ini penuh.
Jaminan Pulangan Semula 100% Wang Anda!
Kepuasan
anda dijamin 100% dan disertakan dengan
“money back guarantee”.
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan produk ini, hubungi saya dalam masa 4 minggu dan saya akan pulangkan wang anda 100% tanpa banyak soal.
Anda akan dapat kembali wang anda dengan jaminan yang saya berikan sebentar tadi. Tidak ada kerugian di pihak anda apabila anda membuat keputusan untuk membeli “Pakar Affiliate” ini.
Lihatlah apa yang anda dapat jika anda pesan hari ini:
Pakar Affiliate Modul #1: Video Asas Pemasaran Affiliate | RM399 |
Pakar Affiliate Modul #2: Audio 5 Kaedah Efektif Pemasaran Affiliate | RM399 |
Pakar Affiliate Modul #3: Audio Eksklusif Teknik Pemasaran “Money-On-Demand” | RM399 |
Temuramah Bersama Top Affiliate “The Four Weeks To Freedom” | RM199 |
Transkrip Terjemahan Audio Modul #1 & #2 | RM1,599 |
Senarai Sumber Rujukan Affiliate | RM199 |
Pelaburan Anda |
|
Tempah sekarang. Dapatkan semua produk ini termasuk hadiah bonus...
ikhlas,
P.S: Bilakah kali terakhir anda lihat 2 orang pakar affiliate dedahkan satu program terbaik di dalam bidang ini berdasarkan pengalaman praktikal mereka pada harga yang mampu milik? Inilah peluang anda untuk memiliki “Pakar Affiliate” dan mempraktikkan strategi dan rahsia dalaman mereka secepat mungkin. Pesan sekarang sebelum pesaing anda menemui program ini.
P.P.S: “Pakar Affiliate” mempunyai jaminan pulangan semula wang anda jika anda tidak berpuas hati dengan program ini. Jika anda bersungguh-sungguh melakukan apa yang diajar dan tidak mendapat sebarang hasil (saya pasti ini tidak akan berlaku), maka anda layak menerima wang anda semula. Anda tidak rugi apa-apa jika anda pesan hari ini juga.